Jangan pernah menghina atas kekurangan seseorang

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalammualaikum WBT.. Salam sejahtera semua pembaca :D 
Sebelum kita buka topik utama kita, marilah kita bersyukur dulu atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah SWT yang tak ternilai buat hamba''Nya. 

     "Ya Allah, ampunilah segala dosa''ku, doa kedua ibubapaku, dosa keluarga dan rakan''ku dan segala dosa'' muslimin dan muslimat.. Jadikanlah kami semua menjadi hamba-Mu yang pandai bersyukur atas segala nikmat kurniaan dari-Mu Ya Allah..Aminnnnnn"

Boleh hafiz bagi sedikit nasihat sebelum hafiz teruskan? Okay, why not start dari sekarang, cuba kita didik diri kita sebelum kita memulakan satu perkara, kita dahulukan doa, boleh tak? Ala, takpayah panjang'' cukup kita buat dengan keikhlasan, In Shaa Allah dapat ganjaran yang baik'' dariNya. Tapi ingat ye? Kita buat itu semua atas keikhlasan dari hati, bukannya dengan mengharapkan apa'' balasan dariNya. Semoga dipermudahkan segala urusan, Aminnnnn

Okay, bukan main panjang lagi inchehafiz ny berleter, hahhah bukan apa gais. Ada orang share sesuatu yang bermanfaat dekat kita, kita kenalah share jugak kan dekat orang? Meskinpun orang itu dah tahu, kita jadikan diri kita sebagai ingatan mereka :) tak salah bukan? *maaflah, hafiz memang suka bercakap :'D

Jangan menghina, kutuk atau cakap belakang pasal sesorang 

Kita taktahu perasaan orang, dengan kata''
dapat melukakan hati seseorang walaupun
sepatah :)
So, back to the main topic.
Macam serious je topic tuh? hahahahh bukan apa, hafiz just nak share tentang pengalaman hidup. Alhamdulillah sepanjang hafiz hidup ny, banyak orang dah hafiz kenal dan tengok dengan mata kepala sendiri, yes umur hafiz baru nak masuk 23y/o but hafiz dah hidup berdikari dah lama, sejak kecil lagi. Pasal itu nanti hafiz bukan topik lain pulak ye? just nak bagitahu yang hafiz, Alhamdulillah dah banyak kenal orang. Hafiz just nak nasihatkan kepada sesiapalah, atau sesiapa je yang baca my entry ny kan, please lah nasihatkan dekat semua, dari kalangan family ke, kawan'' dan sebagainya. Ini hafiz cakap secara umum ye, tak melibatkan sesiapa pun. OPEN ok?

Please jangan hina, kutuk or cakap belakang pasal seseorang, korang tak tahu apa yang diaorang lalui? Korang tak ada dekat tempat diaorang? Korang tak tahu diaorang dari keluarga yang macam mana?  Okaylah hafiz ambil satu contoh ok? like orang'' muda yang bekerja dekat fastfood restuarant, bengkel, security guard dan sebagainya. Korang pernah terfikir tak kenapa diaorang kerja dekat situ? Like others, diaorang nak kerja tempat yang bagus'' impian diaorang nak gaji besar, selesa tapi kenapa diaorang bekerja dekat situ? cuba fikir balik rezeki orang semua tak sama kan, kalau Allah dah tetapkan rezeki kita takat itu, takat itu lah rezeki kita. Lagipun kemahiran orang semua berbeza''. Ini tak, ada lagi yang cakap, "Hey dek, awak tuh masih muda, kenapa lah tak sambung belajar. Jangan malas'' dek oii, masa depan lagi penting" kata seseorang kepada seseorang. Hello, kalau orang itu malas, takde dia nak kerja, better dia duduk rumah habiskan duit mak ayah dia. And one more korang tahu ke dia itu dari keluarga senang? tak tahu kan, so mana tahu dia memang nak sambung study tapi ada sebab'' yang tertentu membataskan diri dia nak sambung. Korang taktahu, korang tak rasa.

Why hafiz terlebih emosi berbanding orang yang ada dekat dalam situasi itu? Dia tak cakap apa'' kenapa pulak hafiz nak berlebih''? hahahhaah korang, sikap dan cara orang lain'' taw. Mana tahu diaorang tak cakap apa''? Mana tahu diaorang senyap je? Korang ada account FB dia? Twitter? IG? Wechat? ada? takda kan. Tapi percaya lah cakap hafiz, balik je dari kerja or masa kerja jugak, direct diaorang terus post dekat media sosial diaorang perkara yang berlaku tadi. Maybe tak semua kan. And one more, HAFIZ PUN PERNAH KENA DALAM SITUASI MACAM INI :) hahah , thats why lah hafiz tahu perasaan diaorang, sakit? terasa? semua ada tapi kitaorang semua nak buat macam mana hadap jelah :) nak lawan? Gila apa, mahu kena marah balik or manager bagi warning letter sebab cakap kasar dengan customer, dah performance teruk tak dapat naik gaji. Korang ingat senang ? Kitaorang ini berhadap dengan customer, salah sikit kitaorang yang kena taw. Cuba lah faham sikit okay? Tak minta banyak pun, sikit je. JANGAN NAK CARI PASAL :P

Ada lagi satu situasi masa hafiz tengah study dekat Gambang sana, hafiz pernah cakap kan yang hafiz buat part-time dekat hotel Gambang sana, masa itu hafiz kerja dekat department housekeeping. Korang tahu kan kalau housekeeping ny kena buat apa, tak perlu lah nak terangkan. Okay kita pendek kan cerita, masa itu hafiz kerja start dari jam 8:00 pagi sampai 11:00 malam, korang bayangkan lah berapa jam hafiz bekerja, and berapa banyak bilik yang hafiz kemas, malas nak cakap tapi cuba korang bayangkan sendiri ok? sanggup or tak . heheheh . Okay nak dijadikan cerita masa itu jam 6:00PM hafiz kena buat room service (guest tak check out lagi, so kita kena kemas, tukar apa yang patut semasa guest ada dekat dalam itu, jelas?) yelah, time tuh dah penat sangat, dengan bajunya terkeluar, seluar berlipat sana sini and berselipar je, masuk dalam bilik tuh *ROOM SERVICE~*

Bila masuk tengah kemas'' terdengar lah suara yang tak menyenangkan dari belakang,*dengar ok, kuat diaorang cakap* "Tengok lah dia tuh selekehnya lah, tak reti nak urus kan diri ke? itu lah orang suruh belajar pandai'' taknak, kan dah kena kerja macam itu. Haaa, awak semua belajar pandai'' jangan jadi macam abang itu pulak nanti". Satu family malu kan aku. Korang pernah rasa? yang pernah rasa je tahu perasaan aku time tuh macam mana, and kebanyakkan orang pun tak sanggup nak buat kerja itu, tapi disebabkan aku nak duit part-time itu, tembal muka lah kena buat. Pesan hafiz dekat semua please ye? Jangan kufur nikmat, lain orang berbeza rezekinya. Mungkin Makcik dari keluarga yang senang, saya tak makcik. Saya sambung belajar pun tak pakai duit mak ayah saya, saya usaha sendiri taw makcik. Sedih saya bila dikatakan saya malas belajar :( ikutkan hati nak je cakap yang aku ny student. Sedih sangat kata saya malas belajar, malas belajar ny lah dapat pointer 3.96 taw for my diploma :(

Tak tahu jangan kata lebih

Abang perhati je perangai korang ny :/
Kalau kita tak tahu akan situasi orang itu, kita jangan kata lebih'' yaa ? Cuba kita tanya dengan baik'' ramah dengan orang itu (kalau tak busy lah, kalau busy memang tak layan aku) Dont simply'' assume orang like apa yang korang nampak. Ingat yaa, apiz cakap ini bukan tujukan dekat semua orang ye ? segelitir je yang macam ny, tujuan hafiz satu je. Kalau ada orang disekiling yang perangai macam ny, bagitahu lah meraka apa yang telah hafiz luahkan tadi. Kesian diaorang kena layan macam itu, lagi kesian kalau family yang ada anak'' sekali dengan dia. Malu kami tahu? sebab kena layan macam itu. And one more, hafiz tulis topik ny bukan nak kecam or what lah tapi hafiz just bertindak untuk menyampaikan dan menyuarkan isi hati orang'' yang pernah di layan seperti ini. Takda niat lain pun, just nak backup je :P (besar sangat ka ?) thats why hafiz need your support, boleh ?

Sebagai umat islam, tak salah kita doa kan yang baik'' untuk kita sesama muslim. Mana tahu dengan doa kalian, dapat melembutkan hati seseorang yang keras kepala, hati batu dan seangkatan dengannya. Korang jugak nanti, In Shaa Allah, dapat balasan yang baik dari Yang Maha Esa, Cukup lah dari segi nasihat, pandangan dan doa buat kesejahteraan kita bersama. Tiada  apa lagi hafiz minta, cuma berfikiran terbuka dan positif dengan entry kali ini ya? Yang baik, kita jadikan teladan, yang kurang baik, marilah kita jadikan ianya sempadan. Biarlah kita semua hidup dalam keadaan aman dan makmur tanpa ada perasaan yang kurang baik

P/s : korang semua tolong lah share kan perkara ini kena semua orang ye? Family, kenalan dan sebagaiya. Mereka tak salah, cuma mereka tak tahu :) Assalammualaikum