Assalammualaikum . hyep korang ! sihat ke ? haha . apiz tengah boring . tak tahu nak buat ape . So , apiz nak cerita sikit larh .
masa sekolah dulu , sekolah korang ada tak buat majlis graduasi ? hehe . apiz rasa bertuah kerana sekolah apiz buat majlis tuh . korang nak tahu ? majlis tuh membuatkan apiz rasa sayang dan berat hati untuk meninggalkan alam persekolahan . tapi , dah buat macam mana kan ? sudah lumrah kehidupan . setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . berdoalah pada Allah SWT yang Maha Esa agar kita memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak :)
Berbalik pada cerita yang asal . majlis ny berlangsung dua hari sebelum SPM . cuak tak ? memang rasa bimbing membelenggu diri . tapi , majlis tuh tetap pergi sebab benda tuh sekali je dalam alam persekolahan , betul tak ? so, rugi larh pada sesiapa yang terlepas peluang ny :P
korang nak tahu ? dalam majlis ny , setiap kelas harus membuat persembahan . hahah . teruk-2 ! pada mulanya , kelas kita0rang taknak buat persembahan sebab ada segelintir umat ny ada yang malu larh , segan dan macam-2 alasan dia0rang bagi . cikgu dah bagi tahu benda ny sebelum trail lagi , untuk memudahkan para pelajar buat persiapan . tapi , kelas apiz ny pelik . suka buat benda last-2 minit .
semua benda dibuat last mint . contoh , belajar bila time nak pekse je . buat kerja kursus bila time hantar nak dekat dan macam-2 lagi . tapi , apiz tak macam tuh erk ? ramai lagi dalam kelas uh tak macam tuh . apiz maksudkan , hanya segelintir je yang berperangai macam tuh .
Tak silap apiz , lagi 2hari majlis tuh berlangsung , dia0rang baru nak buat persembahan . gila kentang tak ? yang paling gila lagi , dia0rang suruh apiz yang pimpin dan menjadi leader dalam kumpulan ny . dia0rang suruh apiz cari lagu . aturkan segala-2nya . naik merah muka apiz sebab nak marah kat dia0rang yang suka buat kerja last-2 minit ! finally , apiz pun setuju larh . nak buat macam mana kan ? terpaksa !
apiz sanggup tak study untuk fikirkan pasal persembahan ny . Last , ada sorang ny , Ily Amyra empunya nama . bagi cadangan nak buat lagu samsons , '' Kenangan Terindah '' . apiz pun malas nak fikir panjang , setuju je dengan cadangan tuh . macam-2 cara apiz buat untuk pastikan persembahan tuh cantik . sampai stayback hampir pukul 5pm kat sekolah . Hari jumaat , 2/11/2012 . majlis tuh berlangsung lepas solat jummat . pagi tuh , kita0rang kena datang kat sekolah untuk buat persiapan .
Korang nak tahu ape perkara yang paling mengejutkan ? ada beberapa orang umat ny taknak buat persembahan tuh ? sakit tak hati ? last-2 apiz dah tension , apiz merajuk dan cakap kat dia0rang '' korang buat larh sendiri . aku malas nak fikir '' . masa tuh , kepala apiz dah pening . rasa macam nak pitam pun ada tahu ? tapi apiz sabar . Melda dan Ainul penyelamat keadaan yang tegang ny . dua sahabat karib ny cakap baik-2 kat umat yang tak reti bahasa ny supaya buat persembahan tuh . Alhamdulilah . segala yang berhasil . semua setuju untuk buat persembahan tuh :)
Kita0rang ada berapa jam lagi untuk buat latihan . nasib baik sempat ! kalau tak ? jadi pelawak larh kita0rang kat atas pentas tuh nanti . dan berterima kasih judak kat Cikgu Amrah yang banyak membantu dalam menguruskan hal ny :)
Amboii ! panjangkan apiz ber'story' ? hahaha . boleyh buat satu bab novel ny :P
korang nak tengok apa yang budak REDZA ny pakai masa graduasi ny ? peh , tak sangka apiz tengok dia0rang . semua cantik , semua hensem . tak sama masa kat sekolah . selekeh ! termasuk apiz . heheh :P
jom kita sama-2 layan gambar yang apiz ambil sebelum , semasa dan selepas graduasi tuh !
Smart tak kita0rang ? :P
* mintak dipuji *
macam mana dengan ny ? okayh ? :)
muka letih dan cuak :/
Kelana Resort ^^,
abang long kelas kami :D
* tiga rakan karib . Ajik , Syapik , Amir *
cikgu kesayangan kami semua , Pn. Masturah <3
jejaka malay ! :D
sempat dye ny ngorat akak yang kerja kat situ . itulah tukang control kami , Mubarak *
santai kat luar dewan , amik angin ^^,
posing baek punye !!
perbincangan saat-2 akhir . *sebelum persembahan :P
couple yang paling sweet kat class kita0rang :*
Melda dan Mubarak . kakak sulung dan adik bongsu kat class kita0rang *5Cekal terBaekk !!
Ikhwan dan melda . jangan fikir lain okayh ? :D
ustazah hasnah bersama bekas pelajarnya . Naim , Faiz dan Ikhwan :)
abang hotstuff kat twitter , Daniel Zulkfli :D
* bonda kami yang tercinta * . Pn Norpisah bt Mat Nor bersama pelajar kesayangannya <3
sweetnye dia0rang ! jeles aku . Pang dengan Ikhwan :P
*tiga rakan yang tak dapat dipisahkan ! Apiz , Firdaus , Izhar ^^,
taiko besar ! ^_^
orang sawan yang gembira lepas semua dah selesai *hati senang*
santai di atas tangga ^^,
* bersyukur semua berjalan lancar *
 |
korang tahu tak ? mamat kat atas ny adalah MR. Best Dress ! :D
*muka poyo * |
yang kecik comel ny korang tahu siapa ?
Miss. Best Dress ! cute kan orangnye ? <3
Apa macam korang ? best tak ? hahah , sorry larh kalau buat anda semua bosan . tapi yang penting , ini ialah kenangan yang paling dan sangat terindah bagi apiz sepanjang zaman persekolahan apiz . dan saat dan detik inilah yang sangat bermakna bagi apiz serta apiz akan abadikan dalam kenangan hingga ke hujung nyawa apiz :)
buat semua warga REDZA ! Apiz rindu korang semua , terutamanya cikgu-2 yang didik apiz , kawan-2 apiz ! thnks for everything guys !
sampai disini kenangan kami ,
kenangan manis kekal selamanya ,
pemergian kami jangan tangisi ,
ampun dan maaf kami pinta ,
andai kata menguris hati ,
restu guru kami pinta ,
kami pergi membawa diri ,
panjang umur ketemu jua .