Mencari keredhaan Allah SWT =')


Assalammualaikum semua . salam jummat kepada muslimin dan muslimah semua . macam mana hari anda hari ini ? okayh tak ? 
Jumaat penghulu segala hari . kita harus bersyukur atas kurniaan Allah SWT kerana memberi kita nyawa lagi supaya kita sedar dan kembali ke jalan yang diredhai-Nya . pernah dengar lagu nasyid " Sepohon Kayu " tak ?

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

faham tak apa yang dimaksudkan dalam lirik yang ada kat atas tuh ? apiz tahu , anda semua faham . tapi kenapa kita masih jahil dan tidak mahu sembahyang ? sedangkan telah tertulis dan dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah kesan atau akibat yang akan kita peroleh jika tidak sembahyang . apiz tahu kita semua sibuk dengan kehidupan seharian kita , tapi kita tak boleyh meninggalkan solat yang menjadi tiang kita sebagai umat islam . pernah tak korang semua dengar kalau kita tinggalkan sesuatu pekerjaan atau apa-2 saja kita lakukan untuk sembahyang adalah satu perkara yang merugikan ? Subhanallah ! awak semua fikir tak , dari mana datangnya rezeki itu ? kalau anda punya akal , anda boleyh berfikir . tak perlulah saya memberitahu jawapannya , kerana jawapan itu sudah ada pada anda semua . 
Apiz tahu , semua orang tak sempurna , setiap orang melakukan kesilapan . itu sudah menjadi lumrah kehidupan . tapi , kita sebagai manusia yang beriman dan takut pada Allah SWT , kita haruslah sedar dan insaf atas kesilapan yang kita lakukan . Allah itu Maha Pengampun .
sebenarnya apiz ny pun bukannya bagus sangat . apiz pun tak sempurna . selalu je buat kesilapan.
selalu juga , apiz tak pernah nak sembahyang . tengok ? betapa jahilnya apiz . hm , sekarang apiz nak cuba untuk memperbaiki diri apiz agar dipandang mulia oleh Allah SWT .
biarlah manusia didunia memandang apiz hina , tapi jangan larh Allah SWT memandang apiz dengan hina . apiz tak sanggup . 
menitis air mata apiz bila memikirkan dosa-2 yang apiz telah lakukan sepanjang kehidupan yang Allah SWT berikan . apiz menyesal kerana sia-2 kan kehidupan yang indah ini . tak terhitung dek jari tangan mahupun kaki untuk menghitung dosa-2 yang apiz lakukan . 
tapi takpela , mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini kan ? apiz akan berusaha untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat serta hidayah Allah SWT . apiz juga nak ajak kawan-2 dan semua umat islam untuk mencari keredhaan Allah SWT . sedarlah , kita berada di akhir zaman . Ajal dan maut itu semua di tangan tuhan . kita tak boleyh tahu kapan kita akan dipanggil oleh Allah SWT . Oleh itu , marilah sama-2 kita menuju ke jalan Allah SWT agar kita mendapat kebahagian yang kekal abadi diatas sana , diakhirat dan didalam syurga yang dicipta indah dan menakjubkan oleh Allah SWT , khas buat umat islam yang bertaqwa . sedar dari kesilapan adalah seorang manusia yang mulia .
dengan keikhlasan dihati , InsyaAllah , Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita untuk mencari cahaya-Nya . sekali lagi apiz nak ingatkan sebagai peringatan buat apiz juga , Dunia yang kita duduk atau diami ini adalah tempat persinggahan , dan ianya hanya sementara .
tempat kita yang sebenarnya adalah diatas sana , iaitu Akhirat yang kekal Abadi SELAMANYA !

apiz rasa sampai sinilah sahaja larh apiz bercerita . apiz cakap ny apa yang apiz tahu je . bukan nak tunjuk bagus . tapi Mak apiz cakap , ilmu yang kita ada haruslah kita berkongsi bersama . Ini juga dapat mengingatkan kita sendiri serta mendapat pahala atas ilmu yang kita kongsi tadi :)
Harap-2 , apa yang apiz katakan diatas ini dapat memberi kesedaran kepada apiz sendiri dan kalian yang membacanya :D

ASSALAMMUALAIKUM .

No comments:

Post a Comment