Ke'boring'an tahap gaban :'(

Assalammualaikum semua . apa khabar ? heheh , apiz sihat je . kalau tak tanya , apiz saja je nak bagitahu . taknak tahu ? tak kisah pun :)
apiz taktahu nak tulis apa , sangat boring . takde idea . so , apiz tulis jelah apa-2 yang terlintas kat kepala otak apiz ny kayh ? jangan berasa bosan kayh ? :*


apiz nak cerita ny . perangai apiz ny kekadang macam kurang pandai sikit tau . suka kacau orang , perli orang , sakat orang . buat sakit hati orang pun ada . kepada sesiapa yang pernah kena , mintak maaf kayh ? apiz bukan apa , boring . taktahu nak buat apa . sakat orang larh kerja apiz . pernah sekali , time kat sekolah apiz pernah sakat orang sampai nangis tau tak ? tapi budak perempuan larh , lelaki sakit hati je . kalau lelaki menangis , buruk pulakkan ? mak apiz cakap , lelaki yang menangis disebabkan perkara yang kecil je , dia berkemungkinan bapok . opppsss , terlepas cakap . *sorry kepada sesiapa yang terasa* 
kalau yang perempuan yang menangis tuh takpe , sebab hati dia sensitif dan lembut . kita tak boleyh marah dia0rang sebab Allah SWT dah cipta dia macam tuh , kaum hawa yang lemah . betul tak ? tapi , jangan disebabkan dia0rang lemah , korang suka buli dia macam apiz buat dulu . tak baik tau . korang tak tengok dia marah lagi . bila air mata dia menitis , ia boleyh membuatkan hati kaum adam tersentuh tau . tak percaya ? tak percaya sudah , malas nak layan . heheh :P








cuba korang tengok gambar diatas . cuba awak semua dalami gambar tersebut . betapa indahnya , betapa bermakna setiap titisan air mata yang menitis . 

eh ! rasa-2nya apiz dah lari tajuk kowt . hahah , bukan apiz dah membanggakan wanita ke , nak agung-2kan dia0rang . tapi , memang betul kan apa yang apiz cakap ny kan ? hm , tapi satu benda je yang apiz tak faham . kenapa segelintir perempuan anggap semua lelaki sama je ? memang tak semua tapi ada segelintir jelah . hm , itu larh dia0rang telah dibutakan dengan perangai lelaki yang hanya menganggap cinta itu hanyalah permainan dan sesuatu perkara yang hanya untuk menghilangkan kebosanan dia0rang je . 
tapi , apiz bukan jenis macam tuh erk . tak percaya ? tak percaya sudah :)
yang penting , apiz tak macam tuh .

korang dapat tak apa yang apiz cakapkan tadi ? harap-2 korang dapat apa yang apiz cakapkan tadi . okayh larh , sampai sini jelarh kayh ? nanti , kalau ada masa apiz cerita atau kongsi-2 larh ilmu ke , pengetahuan ke dan macam-2 lagi larh kat korang kayh ? bye .
ASSALAMMUALAIKUM :)

senyum sokmo ^_^

inilah lumrah kehidupan :)

Assalammualaikum korang . korang sihat ke ?
 lama dah apiz tak update blog ny . busy ar . apiz dah start kerja sekarang ny . sesangat busy , tapi apiz akan cuba untuk update blog ny sebaik mungkin . korang nak dengar cerita apiz lagi tak ?
heheh . gurau saja . banyak pengalaman yang apiz dapat sekarang ny . baru apiz tahu betapa susahnya hidup ini kan ? baru apiz tahu segala-2nya . apiz tahu macam mana keluarga apiz cari duit . kekadang apiz menyesal sebab susahkan mak ayah apiz dulu . sekarang , apiz nak cari duit sendiri dan tanggung mak ayah apiz pulak . nak balas jasa dia0rang pulak . memang tugas seorang anak kan ? 

apiz memang bukan anak yang baik , tapi apiz akan cuba untuk menjadi anak yang terbaik bagi dia0rang . apiz nak dia0rang bangga dengan apiz . syurga di bawah telapak kaki ibu kan ? so ,  jagalah hati dia kayh ? jagan biar dia0rang terluka . jangan jadi anak derhaka tau ? apiz cakap ny bukan nak tunjuk bagus , tapi apiz nak ingat kat semua orang termasuk apiz sendiri . biar kita sama-2 tahu dan ingat kan ? apiz cakap macam ny pun sebab apiz tengok sekarang ny , budak-2 dah tak hormat dekat ibubapa dia0rang . kesian apiz tengok . tapi , kita seorang manusia yang tak sempurna . kita memang buat kesilapan . dan kita tak terlepas daripada membuat kesilapan . 
tapi , itu bukannya menjadi alasan bagi kita untuk sering membuat kesilapan , betul kan ? so , kita belajar larh daripada kesilapan yang kita lakukan sebelumnya . 
  
okayh larh korang , apiz rasa sampai sini je apiz bercerita . nanti apiz update lagi yer ? apiz tak tahu nak cakap apa lagi. mata dah ngantok . naik merah dah pun . kalau apiz yang apiz update ny bosan . sorry kayh ?


senyum sokmo :)

YANG BAIK JADIKAN TELADAN , YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN ! :D

Cuti dah habis =(

Assalammualaikum . hyep korang . sihat ? haha , dah tahu tanya pulak kan ? harap-2 anda semua sihat sejahtera . kepada yang tak berapa nak sihat tuh , apiz doakan supaya anda cepat sembuh . sebenarnya apiz tak sihat . selsema dan batuk-2 . apiz paling benci selsema . sebab ada benda kan keluar kat hidung tuh . yeee ! *korang tahukan apa yang apiz maksudkan tuh ? :P
apiz dah doa kan korang supaya sihat , korang tak nak doakan apiz pulak ke supaya sembuh dengan cepat ? ehheh *gurau saja ! 
Esok apiz dah mula kerja setelah hampir 3 or 4 bulan apiz cuti sebab apiz nak focuskan pada pelajaran . SPM ma ! penentu kejayaan apiz tuh . hehhe . lama dah cuti ny , apiz takut nanti bila dah masuk kerja nanti apiz blur je memanjang . yela , apiz kan dah lama cuti . satu hampak pun apiz dah lupa . apa-2 pun tawakal jelah kan ? 

eh ! chop-2 , cerita pasal kerja apiz ny . korang tahu kan apiz kerja apa ? ada sesetengah tahu apiz kerja apa , ada sesetengah tuh tak . betul tak ? *anguk je ! 
yela-2 , apiz bagitahu apiz kerja mana . Apiz bekerja di McDonald's Seremban Parade . apiz dah bagitahu ny , korang jangan pulak pergi serbu kat situ dan mintak apiz belanja . bankrup larh apiz . kalau McD tuh apiz punya , tak kesah larh kan ? tapi , apiz kuli batak je kat situ :P
Nak promote sikit , kerja kat situ memang best ! dan sangat best ! tapi penat larh . *kerja mana tak penat oii !! betul tak ? *angkat tangan sambil angguk kepala !

okayh larh korang , mata apiz dah nak tertutup ny . katil pun dah mengoda apiz . tergugat iman ! apiz rasa takde apa lagi yang apiz nak cerita . cukup larh sampai disini . 

Sudah cukup-cukup sudah ,
Cukup sampai disini saja , 
time tidur sudah sampai dah ,
lebih baik aku belah saja .

SOS KIMBALL !!! ASSALAMMUALAIKUM .

Mencari keredhaan Allah SWT =')


Assalammualaikum semua . salam jummat kepada muslimin dan muslimah semua . macam mana hari anda hari ini ? okayh tak ? 
Jumaat penghulu segala hari . kita harus bersyukur atas kurniaan Allah SWT kerana memberi kita nyawa lagi supaya kita sedar dan kembali ke jalan yang diredhai-Nya . pernah dengar lagu nasyid " Sepohon Kayu " tak ?

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

faham tak apa yang dimaksudkan dalam lirik yang ada kat atas tuh ? apiz tahu , anda semua faham . tapi kenapa kita masih jahil dan tidak mahu sembahyang ? sedangkan telah tertulis dan dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah kesan atau akibat yang akan kita peroleh jika tidak sembahyang . apiz tahu kita semua sibuk dengan kehidupan seharian kita , tapi kita tak boleyh meninggalkan solat yang menjadi tiang kita sebagai umat islam . pernah tak korang semua dengar kalau kita tinggalkan sesuatu pekerjaan atau apa-2 saja kita lakukan untuk sembahyang adalah satu perkara yang merugikan ? Subhanallah ! awak semua fikir tak , dari mana datangnya rezeki itu ? kalau anda punya akal , anda boleyh berfikir . tak perlulah saya memberitahu jawapannya , kerana jawapan itu sudah ada pada anda semua . 
Apiz tahu , semua orang tak sempurna , setiap orang melakukan kesilapan . itu sudah menjadi lumrah kehidupan . tapi , kita sebagai manusia yang beriman dan takut pada Allah SWT , kita haruslah sedar dan insaf atas kesilapan yang kita lakukan . Allah itu Maha Pengampun .
sebenarnya apiz ny pun bukannya bagus sangat . apiz pun tak sempurna . selalu je buat kesilapan.
selalu juga , apiz tak pernah nak sembahyang . tengok ? betapa jahilnya apiz . hm , sekarang apiz nak cuba untuk memperbaiki diri apiz agar dipandang mulia oleh Allah SWT .
biarlah manusia didunia memandang apiz hina , tapi jangan larh Allah SWT memandang apiz dengan hina . apiz tak sanggup . 
menitis air mata apiz bila memikirkan dosa-2 yang apiz telah lakukan sepanjang kehidupan yang Allah SWT berikan . apiz menyesal kerana sia-2 kan kehidupan yang indah ini . tak terhitung dek jari tangan mahupun kaki untuk menghitung dosa-2 yang apiz lakukan . 
tapi takpela , mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini kan ? apiz akan berusaha untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat serta hidayah Allah SWT . apiz juga nak ajak kawan-2 dan semua umat islam untuk mencari keredhaan Allah SWT . sedarlah , kita berada di akhir zaman . Ajal dan maut itu semua di tangan tuhan . kita tak boleyh tahu kapan kita akan dipanggil oleh Allah SWT . Oleh itu , marilah sama-2 kita menuju ke jalan Allah SWT agar kita mendapat kebahagian yang kekal abadi diatas sana , diakhirat dan didalam syurga yang dicipta indah dan menakjubkan oleh Allah SWT , khas buat umat islam yang bertaqwa . sedar dari kesilapan adalah seorang manusia yang mulia .
dengan keikhlasan dihati , InsyaAllah , Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita untuk mencari cahaya-Nya . sekali lagi apiz nak ingatkan sebagai peringatan buat apiz juga , Dunia yang kita duduk atau diami ini adalah tempat persinggahan , dan ianya hanya sementara .
tempat kita yang sebenarnya adalah diatas sana , iaitu Akhirat yang kekal Abadi SELAMANYA !

apiz rasa sampai sinilah sahaja larh apiz bercerita . apiz cakap ny apa yang apiz tahu je . bukan nak tunjuk bagus . tapi Mak apiz cakap , ilmu yang kita ada haruslah kita berkongsi bersama . Ini juga dapat mengingatkan kita sendiri serta mendapat pahala atas ilmu yang kita kongsi tadi :)
Harap-2 , apa yang apiz katakan diatas ini dapat memberi kesedaran kepada apiz sendiri dan kalian yang membacanya :D

ASSALAMMUALAIKUM .

* Abadikan dalam kenangan *


Assalammualaikum . hyep korang ! sihat ke ? haha . apiz tengah boring . tak tahu nak buat ape . So , apiz nak cerita sikit larh . 
masa sekolah dulu , sekolah korang ada tak buat majlis graduasi ? hehe . apiz rasa bertuah kerana sekolah apiz buat majlis tuh . korang nak tahu ? majlis tuh membuatkan apiz rasa sayang dan berat hati untuk meninggalkan alam persekolahan . tapi , dah buat macam mana kan ? sudah lumrah kehidupan . setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . berdoalah pada Allah SWT yang Maha Esa agar kita memperoleh kejayaan di  dunia mahupun di akhirat kelak :)
Berbalik pada cerita yang asal . majlis ny berlangsung dua hari sebelum SPM . cuak tak ? memang rasa bimbing membelenggu diri . tapi , majlis tuh tetap pergi sebab benda tuh sekali je dalam alam persekolahan , betul tak ? so, rugi larh pada sesiapa yang terlepas peluang ny :P
korang nak tahu ? dalam majlis ny , setiap kelas harus membuat persembahan . hahah . teruk-2 ! pada mulanya , kelas kita0rang taknak buat persembahan sebab ada segelintir umat ny ada yang malu larh , segan dan macam-2 alasan dia0rang bagi . cikgu dah bagi tahu benda ny sebelum trail lagi , untuk memudahkan para pelajar buat persiapan . tapi , kelas apiz ny pelik . suka buat benda last-2 minit .
semua benda dibuat last mint . contoh , belajar bila time nak pekse je . buat kerja kursus bila time hantar nak dekat dan macam-2 lagi . tapi , apiz tak macam tuh erk ? ramai lagi dalam kelas uh tak macam tuh . apiz maksudkan , hanya segelintir je yang berperangai macam tuh . 
Tak silap apiz , lagi 2hari majlis tuh berlangsung , dia0rang baru nak buat persembahan . gila kentang tak ? yang paling gila lagi , dia0rang suruh apiz yang pimpin dan menjadi leader dalam kumpulan ny . dia0rang suruh apiz cari lagu . aturkan segala-2nya . naik merah muka apiz sebab nak marah kat dia0rang yang suka buat kerja last-2 minit ! finally , apiz pun setuju larh . nak buat macam mana kan ? terpaksa ! 
apiz sanggup tak study untuk fikirkan pasal persembahan ny . Last , ada sorang ny , Ily Amyra empunya nama . bagi cadangan nak buat lagu samsons , '' Kenangan Terindah '' . apiz pun malas nak fikir panjang , setuju je dengan cadangan tuh . macam-2 cara apiz buat untuk pastikan persembahan tuh cantik . sampai stayback hampir pukul 5pm kat sekolah . Hari jumaat , 2/11/2012 . majlis tuh berlangsung lepas solat jummat . pagi tuh , kita0rang kena datang kat sekolah untuk buat persiapan  . 
Korang nak tahu ape perkara yang paling mengejutkan ? ada beberapa orang umat ny taknak buat persembahan tuh ? sakit tak hati ? last-2 apiz dah tension , apiz merajuk dan cakap kat dia0rang '' korang buat larh sendiri . aku malas nak fikir '' . masa tuh , kepala apiz dah pening . rasa macam nak pitam pun ada tahu ? tapi apiz sabar . Melda dan Ainul penyelamat keadaan yang tegang ny . dua sahabat karib ny cakap baik-2 kat umat yang  tak reti bahasa ny supaya buat persembahan tuh . Alhamdulilah . segala yang berhasil .  semua setuju untuk buat persembahan tuh :)
Kita0rang ada berapa jam lagi untuk buat latihan . nasib baik sempat ! kalau tak ? jadi pelawak larh kita0rang kat atas pentas tuh nanti . dan berterima kasih judak kat Cikgu Amrah yang banyak membantu dalam menguruskan hal ny :)
Amboii ! panjangkan apiz ber'story' ? hahaha . boleyh buat satu bab novel ny :P
korang nak tengok apa yang budak REDZA ny pakai masa graduasi ny ? peh , tak sangka apiz tengok dia0rang . semua cantik , semua hensem . tak sama masa kat sekolah . selekeh ! termasuk apiz . heheh :P
jom kita sama-2 layan gambar yang apiz ambil sebelum , semasa dan selepas graduasi tuh !



Smart tak kita0rang ? :P
* mintak dipuji *

macam mana dengan ny ? okayh ? :)


 muka letih dan cuak :/

 Kelana Resort ^^,

 abang long kelas kami :D

* tiga rakan karib . Ajik , Syapik , Amir *

 cikgu kesayangan kami semua , Pn. Masturah <3

 jejaka malay ! :D

 sempat dye ny ngorat akak yang kerja kat situ . itulah tukang control kami , Mubarak *

 santai kat luar dewan , amik angin ^^,

 posing baek punye !! 

 perbincangan saat-2 akhir . *sebelum persembahan :P

 couple yang paling sweet kat class kita0rang :*

 Melda dan Mubarak . kakak sulung dan adik bongsu kat class kita0rang *5Cekal terBaekk !!

 Ikhwan dan melda . jangan fikir lain okayh ? :D

 ustazah hasnah bersama bekas pelajarnya . Naim , Faiz dan Ikhwan :)

 abang hotstuff kat twitter , Daniel Zulkfli :D

* bonda kami yang tercinta * . Pn Norpisah bt Mat Nor bersama pelajar kesayangannya <3


 sweetnye dia0rang ! jeles aku . Pang dengan Ikhwan  :P

 *tiga rakan yang tak dapat dipisahkan ! Apiz , Firdaus , Izhar ^^,

 taiko besar ! ^_^

 orang sawan yang gembira lepas semua dah selesai  *hati senang*

 santai di atas tangga ^^,
* bersyukur semua berjalan lancar *

korang tahu tak ? mamat kat atas ny adalah MR. Best Dress ! :D 
*muka poyo * 
yang kecik comel ny korang tahu siapa ?
Miss. Best Dress ! cute kan orangnye ? <3


Apa macam korang ?  best tak ? hahah , sorry larh kalau buat anda semua bosan . tapi yang penting , ini ialah kenangan yang paling dan sangat terindah bagi apiz sepanjang zaman persekolahan apiz . dan saat dan detik inilah yang sangat bermakna bagi apiz serta apiz akan abadikan dalam kenangan hingga ke hujung nyawa apiz :)
buat semua warga REDZA ! Apiz rindu korang semua , terutamanya cikgu-2 yang didik apiz , kawan-2 apiz ! thnks for everything guys !


sampai disini kenangan kami ,
kenangan manis kekal selamanya ,
pemergian kami jangan tangisi ,
ampun dan maaf kami pinta ,
andai kata menguris hati ,
restu guru kami pinta ,
kami pergi membawa diri ,
panjang umur ketemu jua .

Setiap pertemuan , pasti ada perpisahan :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera . apiz nak cerita ny , masa form 4 . apiz terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Boling Tenpin , Majlis Sukan Sekolah  Malaysia ( MSSM ) 2011 .
Banyak kenangan yang telah kami coretkan bersama . ada yang manis , ada yang pahit ? korang nak tahu manis atau pahit ? heheh . senang cerita , apiz cerita dua-2 kayh ? masa peringkat negeri , apiz hadapi pelbagai rintangan . banyak dugaan yang apiz terima sebelum layak masuk peringkat kebangsaan . tangan luka , tangan terseluih , seluar koyak , banyak lagi larh ! kalau nak cerita semua , memang tak sudah . last-2 awak semua dah muak nak baca kan ? :P
masa training dekat-2 seminggu , banyak pengalaman dan ilmu yang apiz dapat kat uncle , jurulatih kami . dia  seorang yang baik hati . warna kegemaran dia ialah PUTIH . hhehe , seram kita0rang tengok dia . 
apiz antara pemain yang tertua kat situ , kena larh ada sikap yang bertanggungjawab sikit kan nak jaga dia0rang , budak yang bawah-2 ny . selalu juga apiz kena buli dengan budak bawah ny . tapi , apiz tak ambil hati pun , sebab apiz anggap dia0rang macam adik-2 apiz dah . kekadang , dia0rang suruh apiz belanja . apiz memang lemah kalau ada orang minta belanja ny . 
Kejohanan tuh berlangsung kat MIBC , Ayer Keruh  , Melaka . Kat situ , tempat bowling dia memang besar. tak pernah lagi apiz main tempat yang besar macam tuh . selalunya , apiz main kat Ampang SuperBowl yang lane dia hanya 24 lane je . tapi kat MIBC ny , dua kali ganda . besar tak ? hehe .
itu pengalaman dan kenangan yang sangat manis dan tak dapat apiz lupakan . Namun , diSebalik kegembiraan tuh , terselit kedugaan . apiz ada gaduh dengan sorang budak ny . baya apiz juga . dia juga bergu apiz . kita0rang main dalam satu team dan . dia juga pasangan apiz dalam acara bergu .
apiz gaduh dengan ada sebab . korang tak payah tahu kayh / tak baik aibkan dia kan ? heheh .
biarlah ianya jadi kenangan pahit apiz yang kekal dalam ingatan apiz :)
satu lagi . tak silap apiz , salah sorang daripada team kami , iaitu Hazwan telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa . baguskan dia ? heheh :P
sudah larh tuh , dah panjang sangat apiz bercerita ini . boleyh buat satu episod cerita . ehehh .
Jom kita tengok gambar apiz masa kat MIBC , nak ? hehe :)


 Kontinjen Negeri Sembilan ! Hoben Jang Hoben !!

 time ny , kita0rang dapat RM50 daripada seorang Datin yang baik hati . * yang pakai baju petak.

 hari terakhir . dapat makanan percuma ! KFC :D

 semua letih , kecuali budak yang buat muka tuh . *lepas training :P

 budak yang happy selalu , Aiman , Syasya dan Jai  :D

 sesi panaskan badan . time ny larh seluar apiz koyak :P
diam-2 , takde siapa tahu hal ny .

 santai-2 je . takde game :)

 my team ! 

budak yang comel dan happy go lucky ! Razin , Syasy dan Nurin <3

tamat sudah . inilah pengalaman apiz yang TERBAIKK !! tak pernah lagi apiz rasa macam ini . first time kowt . :P 
tapi masa hari terakhir tuh . entah kenapa apiz menitiskan airmata . automatik keluar kowt . maybe sedih kowt . sampai sekarang apiz terfikir  . bila lagi dapat bersama dengan dia0rang :'( yelah , setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan ? :)
bye ! 


Birthday Boy ^^,

Assalammualaikum ! Hari apiz nak cerita antara pengalaman yang tak dapat apiz lupakan . 
25/5 . hari tuh birthday abang kembar apiz . diaorang kembar , tapi tak seiras . sorang putih , sorang hitam . sorang ikut mak , sorang ikut ayah . hahah .
Birthday diaorang sebenarnya 25/5 , tapi kita buat 31haribulan . sebab gaji baru keluar . kita0rang sambut kat karaoke KTV , Seremban Parade . abang apiz sorang tuh keje Mcdonals . sama dengan apiz . kita0rang ajak semua budak mcd celebrate birthday abang-2 apiz . ramai budak mcd yang ikut . menu utama ialah KFC ! hahaha . keja je mcd, tapi makan KFC . APTB .
Kita0rang enjoy sampai pagi kowt . budak-2 mcd memang sporting ! tak rugi taw lepak dengan dia0rang semua . kita0rang pilih tempat ny sebab dah menjadi tradisi kita untuk celebrate sesuatu benda . hahah .
dah-2 ! cakap banyak tak guna juga kan ? nanti bosan ! :P
jom kita tengok gambar .




 suara dah takde , kita minum dulu . 


 pedulikan budak ny :P

 ramai-2 kita nyanyi :D

 ini larh abang kembar saya . birthday boy . ^^,

 jangan fikir lain kayh ? antara kakak dengan adik saja :)

 kakak yang sporting ! kak ainul , kak diana dan ninie ^^,

 amboi , sedapnye makan ! * nak cikit ,heheh

 kak ainul yang baik hati :)

kak diana , kak tipah dan shiro . tiga rakan yang happening ! <3


rasanya , takde apa lagi yang nak dikatakan . sampai disini saja .
nanti , ada masa , apiz update lagi ^^, 
Bye , Assalammualaikum .

Peace ^v

hyep .
nama saya Muhammad hafiz , panggil je Apiz .
umur baru 17tahun , baru lepas SPM . moga-2 result SPM apiz tak teruk . AMINN !!
budak kat atas tuh seorang yang happy selalu . tapi disebaliknya , tiada siapa yang tahu kecuali tuhan yang satu :)
btw , salam perkenalan daripada saya dengan seikhlas hati <3

Terima Kasih :D

terima kasih kat adek apiz sorang ny , Shukri Suffi sebab tolong apiz buat blog . apiz sebenarnya dah lama nak buat blog ny , tapi tak tahu nak buat  . ramai kawan-2 apiz suruh buat blog , katanya blog ny best . boleyh tulis ape-2 je . dye0rang suruh apiz buat blog ny pun sebab apiz ny suke buat ayat-2 jiwang , berkarya , bercerita dan macam-2 larh . suruh buat je pandai . tapi , tolong taknak . heheh (gurau saja) .
harap-2 , kat sini tempat apiz luahkan segala-2nya . heheh .
kepada sesiapa nak tahu kisah atau cerita apiz , follow apiz kayh ? :)

pengenalan :D

Hi Guys . Assalammualaikum . Im new here . so siapa2 yg nak kenal boleh follow saya dulu kay ?
 Terima Kasih =)